Membantu Hati untuk
Perbaharui, Segar dan
Cergas Semula.
DTX® Complex membekalkan nutrisi
untuk menyokong fungsi hati yang
sihat menggunakan formulasi herba
yang melindungi dan merangsang
fungsi tubuh untuk mengekalkan
hati yang sihat.
|
DTX Complex |
Detox Semula Jadi
Hati yang sihat memainkan peranan yang penting untuk
kesejahteraan dan kesihatan anda. Bantu tubuh anda
menyingkirkan toksin untuk mengembalikan dan mengekalkan
kesihatan hati anda, agar anda berasa lebih sihat
KeISTIMEWAAN Shaklee
DTX® Complex diformulasi khas dengan ekstrak biji milk thistle, cendawan reishi, schizandra chinensis, dandelion, kunyit dan articok yang melindungi dan merangsang fungsi tubuh untuk mengekalkan hati yang sihat.
1. Ekstrak biji milk
thistle
|
Milk Thistle |
Milk Thistle merupakan teman baik kepada hati; ia membantu menyihatkan hati dengan meneutralkan radikal bebas, membaiki kerosakan sel-sel hati dan melindungi sel-sel hati baru dari rosak disebabkan toksin yang sama.
Bagaimana milk thistle boleh menjadi teman baik hati anda?
Silymarin, adalah campuran flavonoid yang berasal dari benih milk thistle, yang bertindak sebagai antioksidan dan mencari radikal bebas serta menghalang dari merosakkan sel-sel. Silymarin meningkatkan tahap glutathione dalam hati, berfungsi untuk membantu tubuh menyingkirkan bahan kimia dan ubat-ubatan (termasuk ubat-ubatan yang boleh diperolehi dari kaunter seperti acetaminophen).
Di samping itu, flavonoid yang kompleks didalam susu thistle menggalakkan pengeluaran protein untuk mencipta sel-sel hati yang baru dan menggantikan yang telah rosak; oleh kerana itu ia digunakan untuk merawat mereka yang menghidapi hepatitis serta sirosis (kerosakan hati).
Kajian yang dijalankan terhadap tikus makmal telah menunjukkan bahawa silymarin berfungsi untuk menghalang kerosakan hati yang disebabkan oleh toksin seperti dari alkohol'. Kajian juga telah membuktikan bahawa susu thistle dapat menghalang penyakit Alzheimer, kanser usus besar dan kanser prostat. Bayangkan sekiranya susu thistle ini mampu melawan penyakit yang serius, tidak mustahil ia juga boleh merawat organ hati dengan menggunakan penyahtoksidan yang biasa. Penggunaan susu thistle telah berabad-abad lamanya semenjak zaman Yunani purba kepada lnggeris dalam abad ke-17 sehingga zaman kedoktoran Amerika pada abad ke-20; penggunaan susu thistle yang telah berabad lamanya dan beratus kajian yang telah dijalankan untuk menyokong keberkesanannya, sudah pasti susu thistle adalah sahabat hati anda!
2. Cendawan Reishi
|
Cendawan Reishi |
Kulat ini digelar "Cendawan keabadian" dan "Herba ajaib"! oleh kaum Cina. Adakah ia dikenali dengan nama samarannya? Kebaikan utama yang terdapat di dalam cendawan reishi termasuklah keupayaan terhadap sistem imun, sifat-sifat anti-oksida dan anti histamine serta daya tahan sel hati dari jangkitan bakteria dan toksin.
Apakah lagi kelebihan dan kebaikannya? Cendawan Reishi mempunyai paras polisakarida dan triterpenes yang tinggi. Tubuh manusia menggunakan polisakarida untuk tenaga dan ianya terkenal untuk meningkatkan fungsi hati, meningkatkan kesihatan usus, merangsang sistem imun, menguatkan sistem kardiovaskular dan juga sebagai agen untuk memerangi kemunculan penuaan (or melambatkan proses penuaan). Selain itu, triterpenes juga didapati berkesan untuk rawatan anti-kanser, berfungsi sebagai sokongan sistem imun, hormon, dan kawalan tekanan darah, yang seterusnya membantu mengurangkan tekanan. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya cendawan Reishi diberi penghargaan yang tinggi memandangkan manfaat yang diberikan kepada tubuh anda dalam pelbagai cara!
3. Schizandra chinensis
|
Schizandra Chinensis |
Schizandra Chinensis atau lebih dikenali sebagai "S.C." Penggunaan herba anti-stres ini sangat terkenal dalam perubatan Cina untuk merawat organ hati. Ujian makmal menunjukkan bahawa sebatian antioksida S.C. bermanfaat untuk melindungi hati dan sistem saraf yang kompleks di dalam badan serta berupaya untuk merawat penyakit mental dan fizikal, termasuk rawatan penyakit kencing manis.
Dalam kajian terbaru, atlet yang diberikan S.C. telah mengalami penurunan paras kortisol hormon stres. Schizandra Chenensis telah meningkatkan keupayaan badan terhadap tekanan persekitaran, pendedahan toksin, kebimbangan, emosi dan penyakit mental.
Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh meningkatkan jumlah lemak di dalam hati. S.C. terbukti telah berjaya mengurangkan aktiviti pengumpulan lemak di dalam hati, mencegah kecederaan hati, dan mengurangkan keradangan hati. Bagi pesakit kencing manis, S.C. bermanfaat untuk mengurangkan tahap glukosa selepas makan.
Bercakap tentang kebaikan herba, jadikan S.C. sebagai teman terbaik anda!
4. Dandelion
|
Dandelion |
Adakah anda tercari-cari nutrisi untuk menyokong hati, buah pinggang, limpa dan pundi hempedu? Dalam perubatan tradisional, dandelion digunakan sebagai tonik buah pinggang dan hati, namun dandelion yang bersifat penyembuh telah diiktiraf sejak zaman purba lagi. Pada zaman India kuno, dandelion telah digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit hati seperti demam kuning, sirosis dan pembesaran hati. Dalam perubatan Cina, dandelion adalah antara herba terbaik untuk merawat kencing manis, penyakit hati, buah pinggang dan masalah penghadaman.
Apa yang membuatkan dandelion sangat terkenal? Seperti milk thistle, dandelion kaya dengan antioksidan, ia juga mengandungi vitamin A, B, C, D, Edan beta-karotena, termasuk mineral seperti zink, besi, kalium dan selenium untuk menyokong kesihatan hati. Di samping itu, dandelion mengandungi unsur polisakarida, yang sama yang ditemui dalam sesetengah spesis cendawan yang dikaitkan mempunyai sifat-sifat antitumor. Sebatian dalam dandelion menyumbang kepada kedua-dua fungsi hati dan buah pinggang; dandelion juga boleh bertindak sebagai julap untuk memperbaiki sistem penghadaman dan membuang toksin melalui air kencing. Dandelion adalah lebih daripada sekadar bunga atau rumpai yang anda lihat - ia adalah sumber terbaik untuk detoks!
5. Curcimin
|
Curcumin |
Curcumin mungkin tidak semeriah I seindah namanya, tetapi tahukah anda ianya kerap digunakan dalam masakan India dan Asia? lni kerana curcumin merupakan bahan utama dalam rempah kunyit (or rempah ratus), dan agen penting untuk warna kuning! Waiau bagaimanapun, khasiat bukan hanya terdapat didalam warna dan rasanya sahaja, ia turut menawarkan pelbagai manfaat kesihatan untuk badan dan otak anda.
Tekanan oksidatif dan pengoksidaan adalah salah satu penanda yang digunakan oleh para ahli biologi untuk menentukan paras kesihatan dan curcumin anda, komponen utama kunyit, berupaya untuk anti-radang dan antioksidan yang bertindak pada peringkat molekul untuk membantu pengoksidaan daya tahan badan anda.
Selain daripada ciri-ciri anti-radang dan antioksidan, curcumin menyokong memori yang jelas dan kuat dengan meningkatkan tahap hormon di dalam otak untuk mencetuskan pertumbuhan neuron baru dan mencegah pelbagai proses kemerosotan dalam otak.
6. Articok
|
Articok |
Anda mungkin tahu artichoke adalah sejenis makanan, tetapi ianya hanya boleh dimakan untuk tempoh masa yang singkat, dan selepas itu ia tidak seperti yang anda lihat di pasar raya! lni kerana artichoke tergolong dalam kumpulan thistle yang ditanam sebagai makanan dan bahagian yang boleh dimakan adalah putik bunga itu sendiri sebelum ianya kembang mekar.
Artichoke mempunyai khasiat yang tinggi dalam serat, asid folik, vitamin C, vitamin K dan ia berada di kedudukan ke-7 untuk kebaikan antioksidan berbanding lebih 1000 jenis makanan lain yang mempunyai tahap antioksidan sinarin dan silimarin yang tinggi.
MENGAGUMKAN BUKAN?!
Jadi, adakah anda tahu bahawa artichokes mempunyai hubungkait yang rapat untuk hati dan detoks? Organ hempedu memainkan peranan utama dalam membantu proses detoks badan kerana ia mengangkut toksin dan bahan buangan daripada hati. Artichokes bertindak sebagai diuretik dan koleretik, dimana ianya menggalakkan penghasilan air kencing dan meningkatkan kelajuan apabila hempedu dirembeskan daripada hati. Hempedu ini dihasilkan oleh hati, disimpan di dalam pundi hempedu di antara waktu makan dan dikeluarkan apabila anda makan; artichokes menggalakkan pembuangan hempedu dari pundi hempedu. Kekurangan jumlah hempedu boleh meningkatkan masalah penghadaman dan juga risiko kerosakan sel hati serta penyakit hati. Oleh yang demikian, artichoke memainkan peranan yang besar apabila anda ingin mendapatkan hempedu dalam sistem anda mengalir dan membantu pertumbuhan semula sel hati serta fungsi pundi hempedu!
Harga sebotol DTX Complex RM 156.25 / 90 biji.
Anda di luar sana nak cuba tak? Berminat? Jangan malu jangan segan, anda boleh hubungi Nana ditalian 011-35703094. Nana sedia membantu. Setiap pembelian dari Nana, Nana akan memberikan cara pengambilan yang terbaik untuk anda. InsyaAllah.
*****************************************************************************************
Mahukan harga yang lebih jimat? Daftar keahlian anda hari ini, dan anda akan dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!
Jom Sihat dan Cantik bersama kami !
*****************************************************************************************
Perunding Vitamin Anda
⤷ Nama : Suriana Bte Sulleh
⤷ Pengedar Sah Shaklee ( Malaysia )
⤷ COD ( Cash On Delivery ) untuk kawasan Tawau, Sabah
⤷ Penghantaran ke seluruh Malaysia
⤷ Shaklee ID : 1172415
⤷ Email : surianasulleh87@gmail.com