Friday 19 December 2014

Shaklee Tawau : Siapa Diri Aku

Assalamualaikum w.t.w..saya Suriana Sulleh berasal dari Tawau dan saya adalah pengedar sah shaklee..

Aku pengedar Shaklee berilmu
   Dalam entri saya yang pertama, saya ingin memperkenalkan diri dan gaya hidup sihat saya bersama shaklee. Saya diperkenalkan produk shaklee ini oleh makcik saya selepas saya mengalami keguguran. Pada mulanya saya tidak percaya dengan produk-produk kesihatan seperti ini samada bagus ataupun tidak, tetapi memandangkan saya telah mengalami situasi ini, saya terus membeli tanpa fikir dua kali. Produk yang saya ambil adalah set bajet untuk berpantang iaitu ESP, Vita lea, B-Complex dan Zinc Complex untuk menguatkan rahim saya. Selepas sebulan saya mengamalkan set ini saya mula merasakan perubahan pada diri yang dahulunya lesu dan cepat penat. 

   Selepas mengetahui keberkesanan produk ini, saya mencuba pula set bajet kurus iaitu Lecithin, Herb Lax n Cinch. Berat saya berkurang dari 57kg ke 55kg dalam masa kurang sebulan. Rakan-rakan dan adik beradik juga mengatakan banyak perubahan pada diri saya..("Eh Nana kulit u cantikla, nampak kurus juga suda")..("Ui kak..perut tu ada kempis suda")..Dalam hati Tuhan sahaja yang tahu, seperti di awang awangan...hihihih...Selepas mempunyai positif testimoni, saya mendaftar sebagai ahli secara percuma dengan belian RM700 kongsi beli dengan keluarga saya. Pada tarikh 18.10.2014, dengan rasminya saya telah daftar sebagai pengedar sah shaklee di bawah makcik saya, dengan niat untuk membantu ramai orang untuk menjalani gaya hidup sihat disamping mengatasi masalah kewangan. 

   Selepas sah menjadi ahli, saya mengambil keputusan untuk mengetahui secara mendalam tentang latar belakang syarikat dan produk shaklee ini. Secara kebetulan pula, pihak shaklee ada menganjurkan seminar kesihatan tentang produk dan peluang perniagaan bersama shaklee di Hotel Promonade pada 07.12.2014. Apalagi, saya terus sahaja mengajak suami dan adik saya untuk mengikuti seminar tersebut. Selepas menghadiri seminar tersebut kami mengetahui banyak kebaikan produk ini..Kami mengetahui produk ini sentiasa selamat,sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam dan produk ini sudah bertapak selama lebih daripada 50 tahun di mata dunia dan yang pastinya atlet-atlet ternama juga mengamalkan produk shaklee ini. Jadi, saya tanpa was-was akan terus mengamalkan produk ini dan tidak akan mengambil produk lain kerana saya sudah percaya dengan produk shaklee..

   Selepas semua itu, saya ingin mengetahui bagaimana untuk memulakan perniagaan ini. Memandangkan makcik aka upline saya berada jauh di Pulapol Kuching, Sarawak menjalani latihan polis, saya pun berhubung dengan upline makcik saya merangkap classmate saya semasa belajar di Politeknik dahulu iaitu Alicia untuk membimbing saya untuk bermula dalam bisnes Shaklee. Beliau membuat keputusan untuk datang ke Tawau pada 19.12.2014 - 21.12.2014 (3hari 2 malam) untuk membimbing saya dari zero to hero.

Sesiapa yang berminat dalam perniagaan Shaklee atau berminta nak tau lebih tentang produk shaklee boleh hubungi saya di talian 01135703094. Jangan malu - malu ya... 


Nama : Suriana Bte Sulleh
Sid : 1172415
Fb : Suriana Bte Sulleh
No. Tel : 011 3570 3094
Email : surianasulleh87@gmail.com

No comments:

Post a Comment